Manfaat Teknologi Komputer dan Kesannya dalam Pendidikan
- Kemajuan Pendidikan
Penggunaan komputer didalam kelas |
Komputer merupakan alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan
sahaja dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang sistematik,
malahan diiringi dengan muzik dan gambarajah serta bahan grafik yang
menarik. Teknik pengajaran begini pasti akan menarik minat para pelajar
terhadap pelajaran.
. . . . . .
Komputer
juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar
boleh mempelajari sesuatu pelajaran secara individu melalui
program-program komputer yang disediakan. Dengan adanya program
tertentu, segala arahan dan peraturan pelajaran disampaikan dengan
jelas. Maka pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja dengan berpandukan
arahan itu.
. . . . . .
Satu lagi
keistimewaan dalam pembelajaran menerusi komputer ialah segala
kesalahan yang dilakukan oleh pelajar boleh dikesan dan diperbetulkan
dengan serta- merta oleh komputer. Dengan cara ini keberkesanan
pembelajaran dapat ditingkatkan.
- Kesan Penggunaan Komputer dalam pendidikan
- Alat bantu mengajar berkesan, misalnya program pembelajaran dengan bantuan komputer (CAI).
- Memudahkan kerja rutin supaya guru boleh tumpukan lebih perhatian ke atas masalah disiplin, pelajaran dan lain- lain hal pelajar – meninggikan produktiviti guru.
- Pendidikan jarak jauh.
- Mempertingkatkan kecekapan pengurusan, sekolah, jabatan pendidikan dan seterusnya seluruh sistem pendidikan negara.
- Perpustakaan berkomputer.
- Penukaran konsep pendidikan dari yang lama kepada kebolehan mencari maklumat, menganalisis dan menilai sebagai tanda kecerdikan.
- Menyebabkan manusia semakin bergantung kepada alatan -hilang upaya dan lekas bosan bila hadapi masalah yang perlukan pemikiran mendalam.
- Teknologi komputer menyebabkan sifat invidualistik para generasi muda.
- Komputer mengambilalih kerja orang ramai – pengangguran.
- Komputer seperti alatan teknologi lain hanya memanfaatkan mereka yang berkebolehan dan berkeupayaan meluaskan jurang kekayaan dalam masyarakat.
- Meningkatkan masalah mata seperti rabun sekiranya menggunakan komputer dengan terlalu kerap
Abad ke 21 ini, kebanyakan proses ataupun penyelenggaraan sesuatu kerja memang berkait rapat dengan komputer. Dengan adanya komputer, ianya mampu memudahkan kerja kita seperti menyimpan data, berkomunikasi dan banyak lagi seperti yang dinyatakan dalam artikel ini. Saya sangat setuju dengan Nabilah kerana dengan adanya komputer ini juga mampu menjadikan kita seorang individualistik dan hilangnya nilai-nilai kekitaan dalam diri kita. Jadi, kita seharusnya bijak dalam menggunakan gajet seperti komputer ini dalam mendepani era globalisasi ini.
ReplyDeleteA141120 Mohd Noraliff Bin Zazliza
Tidak dinafikan, penggunaan komputer dalam pendidikan ini sama-sama membawa kesan positif dan juga kesan negatif. Namun kita sebagai pelapis generasi hadapan, seboleh-bolehnya kita perlu menggunakan komputer dengan sebaik-baiknya supaya ia membawa kesan positif lebih daripada kesan negatif. Kita harus ingat bahawa komputer hanyalah suatu gadjet yang bila-bila masa sahaja boleh rosak. Dan apa yang penting adalah kita sendiri perlu menguasai suatu kemahiran yang berguna supaya kita mampu untuk bekerja tanpa komputer andai kata komputer kita mengalami masalah dan sebagainya. Artikel yang menarik.
ReplyDeleteNurul Azani Binti Azman A140092
Memandangkan saya juga merupakan seorang pelajar di peringkat universiti, teknologi komputer sememangnya mendatangkan pelbagai manfaat dalam pendidikan. Namun begitu, kita seharusnya tidak boleh terlalu leka dengan kemudahan yang ada ini dan perlu juga melihat kesan negatifnya bagi menggunakan teknologi ini dengan cara yang betul dan sebaiknya. Tidak dinafikan bahawa teknologi komputer ini akan memudahkan kerja tetapi setiap individu perlu menilai dahulu kemudahan teknologi ini dari sisi positif dan negatifnya.
ReplyDeleteNor Amira Binti Mohd Hisam A141077
Assalamualaikum. Saya bersetuju dengan Nabilah, kerana penggunaan komputer dalam pendidikan sememangnya mendatangkan kebaikan dan keburukan. Ianya adalah terpulang kepada individu tersebut dalam mengunakannya. Kebergantungan terhadap komputer secara berlebihan akan menyebabkan individu kurang menggunakan akal yang ada dan seterusnya menyebabkan minda kurang berkembang. Jadi, kebergantungan terhadap komputer haruslah dikurangkan.
ReplyDeleteNoraisyah Binti Abdul Kadir Jilani. A142244
Salam Nabilah. Tidak dinafikan di zaman millenium kini, para pelajar, baik dari peringkat rendah sampai ke peringkat universiti, pasti lebih berminat dengan pembelajaran berasakan komputer. Ianya terbukti memudahkan kerja dan mencepatkan masa yang diambil. Namun bagi guru-guru atau pensyarah yang tidak menggunakan komputer sebagai alat bantuan mengajar, mereka boleh menggunakan pelbagai lagi bahan bantu mengajar lain bagi menarik minat pelajar.
ReplyDeleteNorasyima Abdul Rahim A142245
Assalamualaikum , terima kasih atas perkongsian tenteng teknologi komputer dan kesannya dalam pendidikan ini .Pengunaan komputer terhadap pendidikan ini amatlah bagus kepada pendidikan , jikalau terdapat kesan negatif terhadap pengunaannya , kita hendaklah memikirkan cara untuk mengatasainya , sebagai contoh , masalah mata rabun , hal ini disebabkan memandang skrin pada komputer riba atau tablet dengan terlalu lama ,hal ini boleh diatasi dengan berhenti seketika untuk merhatkan mata .
ReplyDeleteA141064 ; Muhammad Faizal Bin Mohamed kassim
Assalamualaikum..saya bersetuju dengan pendapat saudari Nabilah tentang adanya kesan positif dan kesan negatif terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan. Bagi pendapat saya, kesan positif adalah lebih ketara berbanding kesan negatif. Hal ini demikian kerana penggunaan komputer bukan sahaja mampu membantu memudahkan lagi proses pembelajaran, malah juga turut menarik minat pelajar dalam dalam bidang pelajaran. Manakala Kesan negatif tersebut perlu menjadi tanggungjawab individu itu sendiri, ibu bapa, pihak sekolah, serta kerajaan. Hal ini bagi membendung berlakunya gejala yang tidak sihat terutamanya dalam kalangan pelajar.
ReplyDeleteNur Solehah Binti Mohd Ashri (A140535)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKemajuan dalam bidang teknologi telah menuntut pendidik untuk menggunapakai teknologi yang ada. Saya bersetuju sekiranya dikatakan teknologi ini ada memberi manfaat dan juga membawa keburukan. Namun begitu, perkara tersebut perlulah berada dibawah pengawalan yang sepatutnya untuk mengelakkan perkara negatif tersebut berlaku. Hal ini demikian kerana, sekiranya komputer membantu proses pengajaran, kita seharusnya berterusan menggunakan teknologi ini. Tambahan pula, pelajar perlulah didedahkan dengan teknologi supaya mereka dapat berdaya saing dan tidak ketinggalan. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini.
NOOR SHAHIDAH BINTI HASSAN (A140246)